status via Jerulazrul

Monday, March 28, 2011

rindu aku pada mereka.

entri kali ini mengisahkan tentang perpisahan serta kerinduan aku pada mereka semua di sanaaa.. di kampung.. tapi sebelum itu, assalammualaikum. apa khabar sahabat sahabat blogger aku ? semua nya sihat ya ? alhamdulillah .
hmmmm, pada tanggal 26 Mac 2011 yang lalu, iaitu hari Sabtu. satu perpisahan telah berlaku di antara aku dan mereka disana..ye laaa, kan cuti aku sudah habis jadi terpaksa lah kembali semula ke kampus.
sebelum itu aku mahu ceritakan tentang aku dan mereka disana.
aku pun tidak tahu la mahu cerita bagaimana, tapi apa yang aku tahu sekarang ini adalah aku sangat rindu rindu pada semua mereka disana. aku tidak pernah merasa seperti ini, aku tidak pernah untuk menangis semata mata merindui mereka. tapi entah la kali ini, aku dapat rasakan sesuatu perasaan yang sangat sukar untuk dipisahkan diantara aku dan mereka. mereka yang aku maksudkan adalah adik beradik aku dan sepupu sepupu aku yang sangat rapat dengan kami. dan hanya diantara kami sahaja yang rapat. tidak sama sepupu yang lain. kami pun tidak tahu. padahal kami hanya la sepupu tiri. apa apa pun kamu memang the best la sepupu.
satu bulan telah mengajar kami tentang apa kah itu hubungan persaudaraan. selama satu bulan itu lah juga kami semua menjadi sangat rapat. setelah bertahun tahun lamanya. jika bukan kerana berlaku kesusahan di rumah kami entah sampai bila lah kami tidak akan rapat. ini lah mungkin hikmah di sebalik kesusahan yang kami hadapi sekeluarga di mana dapat menyatukan dan mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kami dan mereka.
kehadiran mereka dalam rumah kami telah mewujudkan satu kegembiraan buat kami kerana tiada lagi rasa kesunyian..tetapi entah kenapa apabila tiada mereka, rumah kami terasa sangat sunyi setelah kami kehilangan arwah nenek. betapa besarnya kuasa Allah menyatukan kami dua keluarga ini. terima kasih YA ALLAH. aku sangat bersyukur diatas ketentuan ini. aku harap sangat yang kami semua akan bersatu sepertimana engkau menyatukan kami pada mulanyaa. aminn.
jadi selepas ini boleh lah kita beraya beramai ramai. :)

~akunamajerul~
aku yang sentiasa merindui kalian semua.. :(

2 comments:

Anonymous said...

sama la kita jerul hurm

Jerul said...

unaa : hurmmmm... huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Shout Here !!


ShoutMix chat widget

WE are SABAHAN

..

WaSaBer (^^,)v

div style="text-align: left;" title="WSB" href="http://www.wsbmania.com/" target="_blank">WSB

LIKE me !!

Jom Blogwalking

jom KLIK , dapat WANG !!

 
Copyright 2011 @ akunamajerul!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger