status via Jerulazrul

Wednesday, March 30, 2011

semua nya terjawab , akhirnya !!

2 comments
alhamdulillah, apa yang selama ini di nanti nantikan sudah terjawab dan terungkai segala misteri yang telah di tunggu dari pertengahan bulan februari lalu. apa yang aku maksud kan adalah kami sudah dapat tempat praktikal. hahahah. syukur la jugaaa, walaupun ada sedikit hampa..hihih, tidak ada laaa, guraw aja.. kira untung la jugaa, sebab dapat praktikal dengan membe baik aku. hahaha. 
memandangkan aku malas untuk tulis panjang panjang, itu je la aku nak sampai kan.
:)
Read More..

pada pendapat anda ?

0 comments
saje buat tajuk yang saspen.

Aku sekuat hatiku mencuba bertahan , mencuba melawan dan harus kau tahu yang kuingin saat ini , aku pergi.
Aku sekuat hatiku tak boleh menangis , tak boleh bersedih .
Read More..

Monday, March 28, 2011

rindu aku pada mereka.

2 comments
entri kali ini mengisahkan tentang perpisahan serta kerinduan aku pada mereka semua di sanaaa.. di kampung.. tapi sebelum itu, assalammualaikum. apa khabar sahabat sahabat blogger aku ? semua nya sihat ya ? alhamdulillah .
hmmmm, pada tanggal 26 Mac 2011 yang lalu, iaitu hari Sabtu. satu perpisahan telah berlaku di antara aku dan mereka disana..ye laaa, kan cuti aku sudah habis jadi terpaksa lah kembali semula ke kampus.
sebelum itu aku mahu ceritakan tentang aku dan mereka disana.
aku pun tidak tahu la mahu cerita bagaimana, tapi apa yang aku tahu sekarang ini adalah aku sangat rindu rindu pada semua mereka disana. aku tidak pernah merasa seperti ini, aku tidak pernah untuk menangis semata mata merindui mereka. tapi entah la kali ini, aku dapat rasakan sesuatu perasaan yang sangat sukar untuk dipisahkan diantara aku dan mereka. mereka yang aku maksudkan adalah adik beradik aku dan sepupu sepupu aku yang sangat rapat dengan kami. dan hanya diantara kami sahaja yang rapat. tidak sama sepupu yang lain. kami pun tidak tahu. padahal kami hanya la sepupu tiri. apa apa pun kamu memang the best la sepupu.
satu bulan telah mengajar kami tentang apa kah itu hubungan persaudaraan. selama satu bulan itu lah juga kami semua menjadi sangat rapat. setelah bertahun tahun lamanya. jika bukan kerana berlaku kesusahan di rumah kami entah sampai bila lah kami tidak akan rapat. ini lah mungkin hikmah di sebalik kesusahan yang kami hadapi sekeluarga di mana dapat menyatukan dan mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kami dan mereka.
kehadiran mereka dalam rumah kami telah mewujudkan satu kegembiraan buat kami kerana tiada lagi rasa kesunyian..tetapi entah kenapa apabila tiada mereka, rumah kami terasa sangat sunyi setelah kami kehilangan arwah nenek. betapa besarnya kuasa Allah menyatukan kami dua keluarga ini. terima kasih YA ALLAH. aku sangat bersyukur diatas ketentuan ini. aku harap sangat yang kami semua akan bersatu sepertimana engkau menyatukan kami pada mulanyaa. aminn.
jadi selepas ini boleh lah kita beraya beramai ramai. :)

~akunamajerul~
aku yang sentiasa merindui kalian semua.. :(

Read More..

Wednesday, March 23, 2011

28 Februari 2011

2 comments
assalammualaikum kawan kawan blog ku.apa khabar? sihat? maaf aku sudah lama tidak meng'update' blog aku. aku pun tidak tahu kenapa aku malas untuk meng'update' blog aku ini. aku malas bukan bererti aku malas mahu berblogging. bukan. aku malas sebab aku sibuk laa sejak kebelakangan ini. aku tiada kesempatan masa lagi untuk di luangkan beronline mahupun berblogging. sebab itu la juga aku jarang online kan akaun facebook aku.kalau dulu 24jam kerja aku online saja, tapi sekarang tidak.
entri kali ini mengisahkan tentang tarikh yang amat bermakna dan akan menjadi satu ingatan buat kami satu keluarga. tarikh ini adalah tarikh pemergian arwah nenek yang tersayang ke rahmatullah. sungguh! tiada satu orang pun yang menyangka arwah nenek akan pergi meninggalkan kami buat selama lamanya pada hari tersebut.  sedih memang la sedih, tapi apakan daya ini semua Allah yang tentukan, kita harus terima dengan hati yang penuh kesabaran.
arwah nenek telah menghembus nafas terakhirnya pada waktu malam. sangat beruntung sekali saat saat dia menghembuskan nafas terakhirnya aku ada di sebelah beliau. aku sempat tidak percaya sama adik aku pada waktu dia menghembuskan nafasnya. aku kira adik aku bermain main, sekali aku tengok betul betul, memang sah arwah nenek telah pergi. air mata berguguran jatuh ke atas pipi. sebak di hati ini tidak dapat bertahan lagi. kami menangis tidak henti. sebab kami langsung tidak menyangka. 
setiap masa selepas kejadian dan sebelum di kuburkan, fikiran ini asyik memikirkan tentang arwah sahaja. sekali lagi rasa sebak itu menguasai diri. aku tidak dapat menahan melihat adik adik aku menangis, mama menangis, aku pun turut menangis. sedih.
hari isnin lalu (21mac) adalah hari yang ke-20 arwah. masa terasa begitu cepat berlalu. 

apa apa pun , alFatihah kepada arwah nenek. semoga rohnya di cucuri rahmat.
amin.

=(
Read More..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Shout Here !!


ShoutMix chat widget

WE are SABAHAN

..

WaSaBer (^^,)v

div style="text-align: left;" title="WSB" href="http://www.wsbmania.com/" target="_blank">WSB

LIKE me !!

Jom Blogwalking

jom KLIK , dapat WANG !!

 
Copyright 2011 @ akunamajerul!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger