status via Jerulazrul

Sunday, February 6, 2011

apa itu LEUKEMIA ?

Leukemia ialah kanser sel darah putih yang dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih didalam sum-sum tulang. Sel darah putih dihasilkan secara semulajadi tetapi bagi pesakit leukemia proses pengeluaran sel darah putih terganggu dan sel tidak matang akan berpecah secara berterusan dan ia adalah sebahagian dari penyakit yang dikenali hematological neoplasm.
Penyakit leukemia bererti darah putih yang diambil sempena nama penyakit jumlah sel darah putih yang tinggi kepada pesakit leukemia sebelum rawatan. Ia juga mengurangkan daya tahan terhadap jangkitan dimana tidak mampu menjalankan fungsi-fungsi normal sel darah putih. Pengumpulan sel darah putih yang banyak didalam sum-sum tulang menyebabkan penghasilan sel darah merah, sel darah putih dan platelet yang tidak mencukupi.

Simptom-simptom yang berlaku kepada pesakit leukemia ialah
a)     Anemia
Disebabkan tidak berlakunya penghasilan sel darah merah yang normal.
b)     Ketahanan sistem badan yang kurang
Pesakit leukemia mudah dijangkiti penyakit kerana kurang penghasilan sel darah putih untuk menjalankan proses fagositosis
c)     Pendarahan bahagian bahagian hidung dan gusi
Disebabkan kurang penghasilan platelet menyebabkan faktor pembekuan tidak berlaku
d)     Pembengkakkan abdomen
Dapat dilihat dari luaran semasa spleenohepatomegali berlaku yang disebabkan pengumpulan sel-sel tidak normal yang tidak dapat dibuang melalui proses fagositosis
Antara simptom-simptom lain ialah demam, bintik-bintik merah, sakit tulang, kurang selera makan, sakit sendi dan mudah lebam.

PENGKELASAN LEUKEMIA
AKUT
KRONIK
Pembilangan SDP kurang daripada 50 000
Pembilangan SDP lebih daripada 50 000
Pembilangan platelet rendah
Pembilangan platelet tinggi
Pada filem darah nipis penemuan sel blas melebihi 20%
Pada filem darah nipis penemuan sel matang dan tidak matang melebihi 20%
Dapat dikelaskan melalui FAB klasifikasi-11 jenis
Tiada pengkelasan dilakukan
UJIAN PENGESAHAN
a)     UJIAN-UJIAN SITOKIMIA- untuk membezakan leukemia akut lymphoid atau myeloid
                                i.            Sudan Black  B (SBB)
                              ii.            Periodic Acid-Schiff (PAS)
                            iii.            Peroxidase
                            iv.            Estrase
                              v.            Leucocyte Alkaline Phosphatase (LAP)- pemantauan rawatan CML granulositik leukemia
b)     UJIAN DARAH
Melalui pewarnaan Romanowsky
c)     BIOPSI SUM-SUM TULANG
Untuk melihat keabnormalan sel-sel darah merah, darah putih dan platelet dalam bone marrow

RAWATAN

Kemoterapi-

rawatan yang paling infektif melawan leukemia. Rawatan ini menggunakan dadah anti kanser (sitotoksik) . Tujuannya ialah untuk membunuh sel-sel kanser sebaik mungkin dan tidak memudaratkan sel-sel normal. Dadah ini bertindak dengan menghentikan pembesaran dan pembiakan sel-sel kanser.

Pembedahan-

jalan terbaik dimana organ terinfeksi akan dibuang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Shout Here !!


ShoutMix chat widget

WE are SABAHAN

..

WaSaBer (^^,)v

div style="text-align: left;" title="WSB" href="http://www.wsbmania.com/" target="_blank">WSB

LIKE me !!

Jom Blogwalking

jom KLIK , dapat WANG !!

 
Copyright 2011 @ akunamajerul!
Design by Wordpress Manual | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Blogger