ok ok ok . entri kali ini mengisah kan pasal masak memasak . anda semua pandai masak tidak ?? selalu masak tidak ?? hmmm , tidak kira lah masak nasi kah , telur kah ?? pandai ? selalu ? kekeke .. bukan apa , aku cuma nak kongsi masakan ini dengan korang semua . sebab tadi aku masak untuk berbuka puasa ..
mahu tahu masak apa ? tapi sebelum itu , ribuan terima kasih untuk
Sheila Rusli di atas tunjuk ajar beliau .. wah , Sheila Rusli aku memasak weii .. ha !! korang tidak jeles ?? kalau jeles , tonton lah
Ketuk Ketuk Ramadan setiap hari sepanjang bulan puasa ini kat TV1 .. he he he .. memandangkan tadi resepi masakan Kak Sheila sangat simple , lalu aku pun mencuba iaitu ; resepi Nasi Kuning . masakan yang sangat simple ! rugi kalau tidak cuba .
ok ok , berbalik kepada nasi kuning tadi . bahan bahan yang diperlukan ;
-beras(ikut suka banyak mana, basuh dan toskan)
-bawang putih
-bawang merah
-dua batang serai(di tumbuk sedikit)
-daun pandan
-air secukupnya
-serbuk kunyit
dan yang paling penting ,
-susu cair Dairy Champ
bagaimana kita hendak memulakan nya ??
tumis bawang dan serai dalam periuk nasi yang akan digunakan untuk masak nasi ini . he he he .
kemudian , masukkan beras. ok, lepas tu masuk kan air di ikuti susu cair tadi . (tapi makesure pandai agak lah yaa , sukatan air & susu cair untuk masak nasi ini .. ala , macam masak nasi biasa) . sudah itu , masuk kan serbuk kunyit dan daun pandai . sebatikan . siap untuk di masak .
dan untuk lauk korang boleh masak ikut cita rasa masing masing lah . he he he . mahu masak ikan masak merah , boleh . udang masak merah , boleh . ayam masak merah , pun boleh .
ok lah .
2311pm.
Read More..